Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

81  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0360.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. , sabdanya: "Apabila kamu mendengar Qamat, maka pergilah solat (berjemaah), dan hendaklah bersikap tenang dan tenteram, jangan tergesa-gesa. Dalam keadaan bagaimana saja pun mereka kamu dapati, maka solatlah kamu bersama mereka, mana yang anda luput daripadanya, sempurnakanlah kemudian."

82  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0619.
Dari Tsabit r.a., dari Anas bin Malik, katanya: "Nabi saw. datang ke rumah kami, sedangkan di rumah yang ada hanya aku, ibu ku, dan bibiku. Kata beliau, "Berdirilah! Aku hendak mengimami ,anda solat bukan solat wajib" Lalu beliau solat berjemaah dengan kami. Seorang lelaki bertanya kepada Tsabit, "Ketika itu di mana Anas berdiri?" Jawab Tsabit, "Di sebelah kanan Rasulullah saw." Kata Anas, "Setelah selesai solat, beliau mendoakan kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat bagi kami seisi rumah." Kemudian ibu ku berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Doakan pulalah pelayan kecil anda ini! (maksudnya Anas yang ketika itu masih anak-anak)." Lalu beliau mendoakan bagi ku kebaikan dunia dan akhirat. Akhir doa beliau itu ialah: "Allahumma aktsir maalahu wa walauahu, wa harik lahu fihiri.

83  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0617.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya neneknya Mulaikah mengundang Rasulullah saw. menyantap juadah yang disediakannya untuk beliau. Setelah selesai makan, Rasulullah saw. bersabda: "Berdirilah! Aku hendak mengimami anda semua solat berjemaah." Kata Anas, "Aku mengambil sehelai tikar yang telah menghitam kerana telah lama dipakai, lalu ku perciki dengan air. Kemudian Rasulullah solat di tikar itu. Aku dan seorang anak yatim berbaris di belakang beliau, dan nenek di belakang kami telah solat mengimami kami dua rakaat, sesudah itu selesai."

84  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0652.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memberitahukan kepada jemaah tentang kematian Raja Najasyi (Ethiopia) pada hari kematiannya. Sesudah itu beliau pergi ke tempat solat, lalu solat bersaf bersama-sama dengan mereka. Nabi saw. takbir empat kali."

85  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0042.
Dikhabarkan oleh Abu Hurairah r.a., katanya pada suatu hari Nabi saw. duduk bersama-sama jemaah, tiba-tiba datang kepadanya seorang laki-laki bertanya. "Apakah ertinya iman?" Jawab Rasulullah, "Iman ialah percaya kepada Allah, kepada Malaikat-Nya, kepada Rasul-Nya, dan kepada berbangkit (sesudah mati)." Tanya orang itu pula, "Apakah ertinya Islam?" Jawab Nabi, "Islam iaitu menyembah Allah dan tidak mempersekutukanNya, menegakkan solat, membayar zakat, dan puasa Ramadhan." Dia bertanya lagi, "Apakah ertinya ihsan?" Jawab Nabi, "Ihsan ialah menyembah Allah seolah-olah engkau melihat Dia. Biarpun engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat engkau." Tanya orang itu pula, "Bilakah hari kiamat?" Jawab Nabi, "Orang ditanya (Nabi) tidak lebih tahu dari orang yang menanya. Tetapi akan ku terangkan tanda-tandanya: (1) apabila budak perempuan melahirkan majikannya dan (2) apabila gembala unta telah bermegah-megah dalam gedung yang indah mewah. Dan kiamat itu salah satu dari lima rahsia yang hanya Allah mengetahuinya." Kemudian Nabi membaca ayat:Innallaaha 'indahu 'ilmus sa'ah, wa yunazzi lulghaitsa wa ya'lamu maa, fil arhaam, wa maa tadri nafsum ma dza taksibu ghadaa wa maa tadri nafsum biayyi ardhin tamutu innallaaha 'aliimun khabir." ("Hanya Allah yang mengetahui hari kiamat dan turunnya hujan, dan yang mengetahui bayi apa yang di dalam rahim ibu; (Allah juga mengetahui) apa yang tidak diketahui orang, kerja apa yang akan dilakukannya besok; (Allah juga mengetahui) apa yang tidak diketahui orang, di bumi mana dia akan meninggal. Sesungguhnya Allah Maha Tahu lagi Maha Pintar." - S. Luqman, 31:34 Setelah itu orang tersebut pergi. Maka sabda Nabi, "Panggillah dia kembali!" Tetapi mereka tidak nampak orang itu lagi. Nabi bersabda, "Itulah Jibril, dia mengajarkan agama kepada umat manusia."

86  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0370.
Ummu Darda' r.a. bercerita, "Abu Darda' datang kepada ku, ketika itu ia sedang marah. Lalu ku tanyakan, "Mengapa anda marah?"Jawabnya, "Demi Allah! Tidak ada yang aku ketahui tentang umat Muhammad sesuatu yang paling baik, melainkan hanya solat berjemaah."

87  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1815.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang tidak mematuhi Imam dan memencil dari jemaah, lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Siapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan, dan berperang kerana fanatik kesukuan(kebangsaan), dia bukanlah umat ku. Dan siapa keluar dari umat ku lalu menyerang umat ku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak, dan tanpa mengindahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku."

88  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0633.
Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang patut jadi imam (solat berjemaah) ialah yang paling pandai membaca Kitabullah. Jika ternyata mereka sama pandai, maka yang paling alim tentang sunnah. Jika ternyata mereka sama alim, maka yang paling dahulu hijrah. Jika ternyata mereka bersamaan pula hijrah, maka yang paling dahulu masuk Islam. Janganlah kamu menjadi imam dalam wilayah kekuasaan orang lain, dan jangan pula duduk di tempat yang disediakan khusus untuk kemuliaan seseorang, kecuali dengan izinnya."

89  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1828.
Dari Abdullah r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Tidak halal darah (tidak boleh dibunuh) seorang Muslim yang mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, bahawa aku (Muhammad) Rasul Allah, melainkan kerana salah satu dari tiga perkara: 1. Hutang jiwa dibayar dengan jiwa. 2. Orang berzina yang sudah pernah kahwin. 3. Orang yang keluar dari agama dan memisahkan diri dari jemaah (kesatuan kaum Muslimin)."

90  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0223.
Dari Abu Juhaifah, katanya: "Saya melihat Rasulullah saw. dalam khemah merah dari kulit. Dan melihat Bilal mengambil air sisa wuduk Rasulullah saw., dan melihat orang banyak berebut mengambil air sisa wuduk itu. Siapa yang memperoleh air itu agak sedikit disapukannya ke badannya dan siapa yang tidak mendapat sedikit juapun, diambilnya dari basah tangan kawannya. Kemudian saya lihat Bilal mengambil sebuah tongkat lalu menancapkannya di tanah. Dan Nabi saw. datang berpakaian merah sambil menyingsingkan lengan bajunya. Nabi saw. solat berjemaah dua rakaat. Saya lihat orang dan ternak lalu di sebelah tongkat itu."